sesuci jiwa....

sesuci jiwa....

Wednesday, February 29, 2012

karya Dr Asri sangat aku minati...tak kisah lah apa yang beliau karangkan,pasti aku ingin membaca dan membeli karya nya itu... sebenarnya, semuanya bermula pada bln 12 tahun 2011...

pada satu pagi, jiwa ku terasa sangat sedih akan perbuatan teman-teman ku...aku tak suka membuka bicara jika diri ditimpa masalah..jadi aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah pada weekend nanti...
Tetapi, ditakdirkan aku melihat satu iklan yang di post di FB membuat hatiku terasa terkinja-kinja untuk pergi..program tu dianjurkan oleh dua orang teman yang sama batch ngan aku...entah la.... aku tak tengok langsung tentatif program itu,tapi hati tetap nak pergi...
mungkin kerana aku ingin mencari ketenangan...
benarlah langkahku ke sana..kerana ia tempat yang tenang sekali untuk menuntut ilmu... tak disangka,disebelah dewan al Qayyim adalah rumah Dr Asri...banyak ilmu-ilmu baru yang aku tuntut...walau pada mulanya,aku tak berapa faham...Namun,alhamdulillah Allah telah beri aku kekuatan untuk menyelongkar ilmu agama ini dari pelbagai sumber yang bagi aku ia memang tak dijangka-jangka kan....

bermula dari situ lah, aku mengenal apa itu ahli sunnah wal jamaah,salaf as soleh dan sebagainya...

kemudian hari demi hari,aku meringankan langkah mendekati ceramah dan karya dalam perjuangan Dr Asri yang sangat hebat bagi aku kerana jarang sekali di Malaysia yang mempunyai seseorang berpendirian yang tegas berpandukan benar-benar al Quran dan As sunnah...

banyak buku-buku beliau yang aku dah khatam...karya-karya nya di dalam blog jugak banyak yang aku follow..."minda tajdid"

selain beliau, aku jugak follow pendakwah lain seperti ustaz halim,ustaz zaharudin,ustaz rasul dahri dan sebagainya...

mudah-mudahan ilmu-ilmu ini akan dapat aku fahami dan mengamalkan dalam kehidupan seharian...serta secara tidak langsung dapat berkongsi sesama insan lain yang juga mencari kebenaran dalam kehidupan...

wallahu 'alam.................

No comments:

Post a Comment