sesuci jiwa....

sesuci jiwa....

Wednesday, February 29, 2012

karya Dr Asri sangat aku minati...tak kisah lah apa yang beliau karangkan,pasti aku ingin membaca dan membeli karya nya itu... sebenarnya, semuanya bermula pada bln 12 tahun 2011...

pada satu pagi, jiwa ku terasa sangat sedih akan perbuatan teman-teman ku...aku tak suka membuka bicara jika diri ditimpa masalah..jadi aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah pada weekend nanti...
Tetapi, ditakdirkan aku melihat satu iklan yang di post di FB membuat hatiku terasa terkinja-kinja untuk pergi..program tu dianjurkan oleh dua orang teman yang sama batch ngan aku...entah la.... aku tak tengok langsung tentatif program itu,tapi hati tetap nak pergi...
mungkin kerana aku ingin mencari ketenangan...
benarlah langkahku ke sana..kerana ia tempat yang tenang sekali untuk menuntut ilmu... tak disangka,disebelah dewan al Qayyim adalah rumah Dr Asri...banyak ilmu-ilmu baru yang aku tuntut...walau pada mulanya,aku tak berapa faham...Namun,alhamdulillah Allah telah beri aku kekuatan untuk menyelongkar ilmu agama ini dari pelbagai sumber yang bagi aku ia memang tak dijangka-jangka kan....

bermula dari situ lah, aku mengenal apa itu ahli sunnah wal jamaah,salaf as soleh dan sebagainya...

kemudian hari demi hari,aku meringankan langkah mendekati ceramah dan karya dalam perjuangan Dr Asri yang sangat hebat bagi aku kerana jarang sekali di Malaysia yang mempunyai seseorang berpendirian yang tegas berpandukan benar-benar al Quran dan As sunnah...

banyak buku-buku beliau yang aku dah khatam...karya-karya nya di dalam blog jugak banyak yang aku follow..."minda tajdid"

selain beliau, aku jugak follow pendakwah lain seperti ustaz halim,ustaz zaharudin,ustaz rasul dahri dan sebagainya...

mudah-mudahan ilmu-ilmu ini akan dapat aku fahami dan mengamalkan dalam kehidupan seharian...serta secara tidak langsung dapat berkongsi sesama insan lain yang juga mencari kebenaran dalam kehidupan...

wallahu 'alam.................

Friday, February 24, 2012

kenali mereka....

(^__^*)
senyum tak penah lekang dibibir jika bersama mereka......
aku suka berkawan...
suka mendengar cerita-cerita menarik disebalik kehidupan mereka...
first xpression seseorang tentang aku mesti seorang yang lemah-lembut, pendiam & seorang yang pemalu.... (n_n)
tapi,jika seseorang itu dah mengenali aku mesti mengatakan aku seorang yang suka berkata-kata dan tegas dengan pendirian... (^ v^)

ini la aku....
memang aku suka berkata-kata jika aku selesa dengan dia/mereka....
aku suka tanyakan pasal kehidupan hidup mereka...
tahu tak kenapa????
kerana dari kisah hidup & perkongsian mereka kepada ku menjadikan aku
lebih suka berfikir....dari situ aku akan mula muhasabah diri..

ukhuwah kerana Allah sangat indah...
kehidupan sebagai pelajar diploma kejuruteraan awam telah menjadi kenangan..
sahabat handai yang aku sering rindui semakin hari semakin menjauh....
kami semua telah terpisah dalam menggapai cita-cita masing2...

pika,farah,qema,su, fatiyah & kak su...ini la sahabatku....
teman-teman dan adik-adik yang sering aku rindui...ida,yana,fad,ikin,aza & ramai lagi membuatkan hatiku sering memanggil nama mereka.....
yang teristimewa dalam hidup ku iaitu mis elly....dia banyak membuatku rasa rindukan iman & rasulullah saw........
AKU SANGAT MERINDUI MEREKA SEMUA.................!!!!!!!!!!!

"adik beradik KPTM"
gelaran untuk kami bertiga...fatin ,pika & fara....
kami sangat rapat.....mereka berdua yang sering menceriakan hidupku..
dari awan mendung bertukar menjadi sinaran pelangi yang saaaangat indah...
kami bertiga sangat memahami antara satu sama laen....menangis bersama, makan bersama, belajar bersama & pergi kelas bersama.... hehehhe

TAPI ITU DULU.........
SEKARANG....
aku sambung degree di UiTM pinang...
pika di UiTM Shah Alam...
fara lagi la jauh,sambung di Dublin...
bertemunya kami ditakdirkan Allah & berpisahnya kami juga kerana ketentuan ALLAH.
kami bertiga masih belajar dalam jurusan Kejuruteraan Awam...
mudah-mudahan, tercapai cita-cita menjadi wanita muslimah yang bekerjaya....
AMIN.......................

ini la kisah aku bersama teman-teman di zaman diploma.............................. (n__n*)

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah....akhirnya termakbul jugak..

2010,tahun yang paling menguji imanku.
manakan tidak, pada pertengahan sem kaki ku seakan-akan tak dapat memijak bumi yang nyata.
bengkak dari atas sikit buku lali hingga seluruh kaki...kemerah-merahan.... kalau disentuh,panas terasa...
perit aku rasa ketika itu....
aku solat,mengaji dan study semua atas kerusi...
aku tahan menangis depan kekawan..
aku masih ingat,setiap beberapa minit kaki aku pasti terdenyut hingga membuatkan kaki ku tersentak kesakitan.... (menangis di dalam hati)
Allah........................itu saja dapat aku lafaz..

dipendekkan cerita setelah hampir 5 tahun sengsara kesakitan, aku membawa diri dengan hati yang tekad ke perubatan islam..

berdasarkan kata-kata ustaz, aku disihirkan kerana setiap kali sakit,pasti terjadi pada masa dan tempoh yang sama pada setiap tahun..

aku percaya akan perkara ghaib tetapi aku lebih percaya penyakit yang didatangkan kepada ku
adalah ujian untuk menghapuskan dosa-dosaku dan mengembalikan aku dengan mengenal
diri NYA....subhanaAllah,alhamdulillah, Allahuakhbar!!...

namun,kesakitan bukan terhenti di situ sahaja...
setelah diberi air sebagai penawarnya, pada satu malam terakhir iaitu hari ke 7 menggunakan air penawar itu..aku mengeran kesakitan... tak pernah rasa sakit teramat macam tu...
bekas sakit menjadi tompok hitam seperti jalur kecil yang mengoyak kulit kaki ku..
terasa seperti terkena api..luka nampak macam melecur...

jam di dinding menunjukan pukul 4 pagi...aku masih tak tidur tahan sakit.. akhirnya keluar juga kata-kata dari mulut ku..."sakitnya mak......tolong,sakit sangat..................Allah............"

ayah & kakak bawak aku p hospital,ke wad kecemasan.....
tapi cam biasa la,sampai ja hospital sakit terus hilang...
tapi Dr terus menyuntik 1 jarum penahan sakit.....

kemudian,
aku terlena terus di atas katil wad kecemasan....
tak dapat nak luahkan,aku tidur dengan nyenyak sekali hingga terlupa ayah & kakak menungguku di luar....^__^ (terasa kelakar)

hari berganti hari, alhamdulillah kaki aku sembuh seperti dahulu kala..
sujud syukur aku sempurnakan & nazar aku laksanakan...

kini,aku terus berjuang dalam hidup dalam erti seorang muslimah....
tujuan hidup kerana Allah... menyemai rindu kepada baginda Nabi Muhammad saw....
berbakti pada orang tua & menyemai kasih sayang sesama saudara semuslim dunia....

Alhamdulillah,akhirnya termakbul doa ku dan orang terdekat terutama ibu ku..... terima kasih Ya Allah......=)

Di sebalik keajaiban melalui kekuasaan Nya

Teringat kembali saat-saat yang ditempuh ketika diri ini diuji kesakitan.......

hmmm.........ada appoinment lagi... (merungut dalam hati)
aku kena p jugak..kalau tak,bila nak sembuh..? lagipun sepanjang rawatan, doktor masih tak tahu sakit aku apa...tapi kenapa appoinment kat bahagian tulang..?
Ya Allah............apa sakit aku nie...?

tahun berganti tahun..........
ubat bertimbun-timbun. (menunjukan banyaknya ubat)
sikit-sikit postan(ubat tahan sakit)... nak bagi aku sakit gastrik ke Dr nie...
aku tak suka bergantung dengan postan semata-mata untuk tahan sakit...
aku rela tahan sakit dari telan ubat nie..!! dapat gugur dosa-dosa aku..

diri terus sabar & tabah...
disebalik dugaan sakit,Dia hadiahkan aku dengan keajaiban kebesaran Nya.
aku masih ingat lagi,ketika aku tak ada makanan nak makan,terjadi perkara tak diduga.
pendek kata, hanya sekadar menahan lapar & tak mampu untuk berjalan membeli makanan aku diberi makanan dari seseorang yang tak terlintas dalam fikiranku...
perkara nie terjadi berulang kali...
walhal aku hanya berdoa kecil dalam hati...
air mata terus mengalir kerana di situ aku tahu Dia Maha Tahu...

continue.............

Sunday, February 19, 2012

Pilihan Nya....terima kasih Allah...

Astaghfirullahal a'zim (33 kali)........................................ (zikir selepas solat)
(doa)
Ya Allah,aku bersyukur kepada Mu kerana membawaku keluar dari hidup yang penuh kejahilan...
berikan aku kekuatan Ya Rabb,dekatkan lah aku di jalan Mu...
jadikan aku insan yang sentiasa merindui Mu melebihi dari rasa dahaga di kala panas terik menimpa ku..amin amin amin.................

satu petang, aku diajak ke surau.kata seorang kakak,dia ingin bawaku berusrah.
aku bingung. apakah maksud usrah? hurm......pergi je la mungkin macam tazkirah.
aku dikenalkan dengan 3 orang kakak yang datang dari UIA..nama mereka kak izzah, kak syikin & kak djah..

dalam hatiku berbisik," manisnya senyuman mereka,tenang aku tengok..berjubah,bertudung labuh, ehh berstokin jugak....cantiknya dyorang.... they are so perfect!!!"

setelah semua telah perkenalkan diri, kak izzah memberi sedikit tazkirah...
first time aku join usrah,jadi aku sangat kusyuk mendengar tazkirah itu...di situ la bermulanya kisah perubahan diri di 'Ketika Cinta BerUsrah'........

continue....................................
seterusnya Dia Maha Mengetahui..

Saturday, February 18, 2012

tercari - cari

siapa aku?
kenapa hidupku penuh cabaran?
aarghhhhh....serabutnya...!!
ADUH!!! sakitnya kaki aku.....
Ya Allah,kenapa kaki ku ini? bengkak,kemerahan & sekarang ada cecair mengalir..
Ouchh.....sakitnya..kenapa ia jadi tompok-tompok kemerahan..( air mata trus mengalir menahan sakit)
tiada siapa mengendahkan aku..tiada siapa yang fahami aku...!!!!!!!
sakitnya kepalaku...!!! (memikirkan masa depan)
apa perlu aku buat sekarang?
aku kena tabah,mungkin ada hikmah...dosa aku banyak..
mungkin ini balasan NYA..... (menangis mengenang dosanya)
astaghfirullahal a'zim.....

LIMA tahun menahan kesakitan....
akhirnya kaki ku kembali sembuh dengan izin NYA..
perit,duka & sengsara dicuba menahannya..hanya Allah yang Maha Mengetahui..
tetapi disebalik 5 tahun sengsara,disebalik itu lah aku mengenal Allah...
hidupku mulai berubah.....
sengsara VS ketenangan..
aku telah kembali kepada fitrah
iaitu digelar MUSLIMAH...
Alhamdulillah......
bagaimana hidayah itu muncul?
siapa pengantaraan Allah yang membawaku ke jalan benar?
wait!!
continue for the next blog....................................thank you!
assalam.....