sesuci jiwa....

sesuci jiwa....

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah....akhirnya termakbul jugak..

2010,tahun yang paling menguji imanku.
manakan tidak, pada pertengahan sem kaki ku seakan-akan tak dapat memijak bumi yang nyata.
bengkak dari atas sikit buku lali hingga seluruh kaki...kemerah-merahan.... kalau disentuh,panas terasa...
perit aku rasa ketika itu....
aku solat,mengaji dan study semua atas kerusi...
aku tahan menangis depan kekawan..
aku masih ingat,setiap beberapa minit kaki aku pasti terdenyut hingga membuatkan kaki ku tersentak kesakitan.... (menangis di dalam hati)
Allah........................itu saja dapat aku lafaz..

dipendekkan cerita setelah hampir 5 tahun sengsara kesakitan, aku membawa diri dengan hati yang tekad ke perubatan islam..

berdasarkan kata-kata ustaz, aku disihirkan kerana setiap kali sakit,pasti terjadi pada masa dan tempoh yang sama pada setiap tahun..

aku percaya akan perkara ghaib tetapi aku lebih percaya penyakit yang didatangkan kepada ku
adalah ujian untuk menghapuskan dosa-dosaku dan mengembalikan aku dengan mengenal
diri NYA....subhanaAllah,alhamdulillah, Allahuakhbar!!...

namun,kesakitan bukan terhenti di situ sahaja...
setelah diberi air sebagai penawarnya, pada satu malam terakhir iaitu hari ke 7 menggunakan air penawar itu..aku mengeran kesakitan... tak pernah rasa sakit teramat macam tu...
bekas sakit menjadi tompok hitam seperti jalur kecil yang mengoyak kulit kaki ku..
terasa seperti terkena api..luka nampak macam melecur...

jam di dinding menunjukan pukul 4 pagi...aku masih tak tidur tahan sakit.. akhirnya keluar juga kata-kata dari mulut ku..."sakitnya mak......tolong,sakit sangat..................Allah............"

ayah & kakak bawak aku p hospital,ke wad kecemasan.....
tapi cam biasa la,sampai ja hospital sakit terus hilang...
tapi Dr terus menyuntik 1 jarum penahan sakit.....

kemudian,
aku terlena terus di atas katil wad kecemasan....
tak dapat nak luahkan,aku tidur dengan nyenyak sekali hingga terlupa ayah & kakak menungguku di luar....^__^ (terasa kelakar)

hari berganti hari, alhamdulillah kaki aku sembuh seperti dahulu kala..
sujud syukur aku sempurnakan & nazar aku laksanakan...

kini,aku terus berjuang dalam hidup dalam erti seorang muslimah....
tujuan hidup kerana Allah... menyemai rindu kepada baginda Nabi Muhammad saw....
berbakti pada orang tua & menyemai kasih sayang sesama saudara semuslim dunia....

Alhamdulillah,akhirnya termakbul doa ku dan orang terdekat terutama ibu ku..... terima kasih Ya Allah......=)

No comments:

Post a Comment